BAGAIMANA MENABUNG UNTUK TRAVEL DENGAN CARA YANG JARANG ORANG GUNA?


Setiap orang pasti mempunyai impian atau cita-cita untuk melancong baik di dalam negara atau luar negara. Tetapi berapa ramai yang mampu mencapai impian mereka untuk melancong? Kebanyakan orang akan merasakan melancong memerlukan wang yang banyak untuk digunakan atau dibelanjakan semasa melancong. Ramai yang membatalkan hasrat untuk melancong dek kerana kekangan wang yang tidak mencukupi.

Jadi, kami akan kongsikan tips untuk merealisasikan impian dan cita-cita korang. Sebelum kita menyimpan atau menabung, first sekali kita kena letak target berapa banyak duit yang kita nak simpan untuk travel, destinasi percutian yang kita impikan dan masa atau tarikh percutian.


1) MEMBUAT SAVING GOAL


Korang pernah dengar tak pasal Goal Saving Plan (GSP) online banking sebelum ni? Jangan tak tahu tahu, sekarang ni online banking pun dah boleh buat GSP untuk korang. Ibaratnya, macam korang main kutu tapi main kutu dengan diri sendiri, bukan dengan orang lain.

Ada 8 pilihan untuk GSP ni. Antaranya ialah melancong, membeli belah, hadiah, keluarga, waktu kecemasan, pendidikan, persaraan dan lain-lain.

Caranya, korang boleh pilih sama ada korang nak capai target simpanan berdasarkan berapa jumlah yang korang nak simpan untuk sebulan atau tempoh berapa lama korang nak simpan. Dari 3 hingga 120 bulan korang boleh pilih je, nanti online banking tu yang akan kirakan.

Masih tak faham lagi? Okay takpe.. Nanti kami akan buat post khas untuk ajar cara buat Goal Saving Plan ni. Kami akan terangkan secara terperinci step by step untuk next post.


2) MENYIMPAN NOT MENGIKUT NILAI DUIT DAN TARGET MASA UNTUK DICAPAI


Untuk orang yang tak nak menyimpan cara online banking, korang ada juga pilihan menyimpan duit secara manual dengan cara membuat tabungan. Nilai untuk kita menyimpan atau menabung bergantung pada kemampuan diri masing-masing. Menyimpan biar konsisten sampai kita betul2 dah dapat capai target berapa yang kita nak simpan tu.

Contohnya; simpan not RM5 sehari dalam masa 6 bulan
RM5 x 30 Hari = RM150 (untuk sebulan)
RM150 x 7 bulan = RM1050

Dengan nilai lebih kurang RM1050 tu, korang dah boleh pergi berjalan ke negara2 asean macam Indonesia, Thailand, Vietnam dan sebagainya. Best kan?

Korang boleh juga cuba cara yang jarang orang guna. Setiap kali berbelanja sekiranya ada not RM5 je. Itu adalah duit travel yang korang wajib masukkan dalam tabung travel. Biasa kita cucuk duit kat bank takkan dapat not RM5. Jadi setiap kali korang shopping mesti ada baki. Baki yang not RM5 asingkan. Itulah duit yang korang wajib simpan dalam tabung travel korang.

Setkan date tabung RM5 itu akan dibuka pada sekian-sekian date. Dalam tempoh 6-12 bulan pon dah okay. Nak best lagi lakukan upacara pecah tabung 3 hari sebelum tarikh FLY.

Tabung tu pastikan tidak mudah dibuka. Takut nanti korang rompak duit travel sendiri pulak sebelum tarikh matang.

Yang penting konsisten!


3) MEMBUAT KERJA PART TIME ATAU PASSIVE INCOME


Kalau nak lebih advance lagi dalam tabungan travel, korang boleh menambah pendapatan sampingan. Contohnya korang ada skill baking, gunakan skill baking korang tu untuk buat kek dan jual kat orang. Hasil keuntungan jualan boleh gunakan untuk travel nanti. 3 benefit korang dapat nanti. Dapat asah skill baking, dapat keuntungan jualan dan yang paling penting dapat kumpul duit untuk travel.

Kalau rasa malas nak buat sendiri, korang boleh tambah pendapatan dengan cara lain. Contohnya jadi dropship atau agent jualan. Nak dropship apa je? Boleh dropship baju, tudung, alat kosmetik. Yang ni tinggal promote je. Tak perlu korang guna tenaga untuk buat kek ke apa

Jangan pulak korang pegi join MLM atau FOREX. Bukan tak boleh, kajian mengatakan hanya 5% peratus je orang berjaya dalam  MLM dan FOREX. Cuba kita kurangkan risiko kerugian sebab tersilap langkah nanti kita pulak tergolong dalam 95% orang yang rugi.


4) SEDEKAH MELUASKAN REZEKI


The Power of Sedekah. Kuasa sedekah ni adalah benda yang tak dapat dilihat dengan mata kasar tapi dapat dirasai. Walaupun nampak kita keluarkan duit dan secara logiknya duit kita makin berkurangan tapi hakikatnya bila kita makin banyak bersedekah, lebih banyak rezeki yang tak disangka-sangka masuk

Rezeki tu bukan berbentuk duit sahaja. Rezeki Allah mudahkan urusan seharian. Rezeki dapat keluarga yang baik. Rezeki badan sihat. Rezeki dapat menang pakej percutian ke. Hehe.

Dan sedekah juga bukan hanya dari segi wang ringgit sahaja. Kita boleh sedekah dari segi tenaga, ilmu, idea serta buah fikiran dan senyuman. Tapi jangan la korang senyum je kat tabung masjid tu. Yang tu memang tak mendatangkan hasil pun.  



Comments

Popular Posts