BEG MANA YANG SESUAI BILA NAK TRAVEL?
NAK
TRAVEL PUN PAYAH 😆
Korang selalu dok tenung beg apa nak bawa kan? Jom
kita share beg apa yang best untuk kita bawa pergi travel. Lepas ni tak perlu nak fikir lama-lama.
1.
LUGGAGE (BAGASI)
Bagasi ni memang sesuai untuk orang yang nak travel dengan barang yang banyak.
Semua benda kita boleh sumbat masuk dalam luggage ni. Tapi hati2, jangan sampai
terlebih kilo beg plak. 🙈
Bagasi selalu kedai jual 3 saiz :
A. Saiz kecil (kita panggil cabin saiz)
- Korang boleh bawa naik atas FREE 7kg
je. Semua airlines macam tu rules dia. Saiz dia macam dalam gambar diatas.
B. Saiz medium
- Kalau korang bawa beg saiz ni
jangan menggatal bawa naik atas 😂 tak boleh tau sebab da terlebih saiz. Cabin dekat
kapal terbang tu tak muat. Dah decide saiz ni, korang kena la beli bagasi
(airasia/malindo). kalau airlines lain, biasanya tiket dah siap bagasi.
C. Saiz besar
- Kalau anak ramai, beg ni jadi
pilihan. Nak tak nak, kene juga beli bagasi (airasia/malindo)
2.
BACKPACK
Backpack atau beg galas belakang adalah beg yang sesuai untuk
percutian yang singkat, dalam 2-3hari jer. Beg macamni selalunya orang yang
bawa baju tak beriya2 haha. Kelebihan backpack ni membuatkan korang lebih
senang bergerak. Geng2 single selalu bawa gini 🙋🏻♀️
3. DUFFLE BAG
Beg ni simple je. Ada yang ada roda, ada yang takde
roda.
Beg macamni jarang sangat orang bawa naik kapal
terbang. Macam tak style hehe..Senang cakap beg balik kampungggggg. Dan beg ni
tak berapa sesuai untuk korang angkut for travel.
4. HIKING BACKPACK
Hiking backpack ini memang selalu jadi pilihan travel tegar.
Boleh sumbat banyak barang. Space luas. Paling penting pergerakan mereka
senang. Geng beg ni jika travel mereka banyak jalan. Jenis redah punya.
Cara susunan beg dalam ni kene betul hehe. Kalau korang main
bantai susun, jawabnya jenuh la kena punggah cari barang 😂
5. BEG MEKAP
Beg mekap wajib ada untuk perempuan. Tapi tak semua perempuan
perlukan. Orang perempuan ni mereka memang ada macam2 beg. Senang nak capai.
Kadang2 tu beg letak underware pun ada tau 🤫
So, beg yang mana menjadi pilihan hati korang semasa nak travel?
Comments
Post a Comment