CARA CLAIM REFUND AIRASIA
CARA-CARA NAK CLAIM REFUND BAGI KATEGORI 'FLIGHT CANCELLATION REFUND'
Kategori ini layak untuk flight yang sudah dicancel oleh pihak airasia je tau. Tapi ada special kes. Mana-mana flight 18-31 Mac 2020, tak perlu tunggu flight cancel, terus je apply sebab confirm entitled. Airasia mungkin lambat nak update korang flight cancel. So just buat je dulu.
Bagi yang tak nak dapat refund cash, korang nak airasia masuk dalam account airasia (sebab korang ada planning nak fly kemudian), korang boleh ikut step ini.
1. Covid-19
2. National Restricted To Travel
3. Credit Account
Then korang follow je step apa info dia nak ok 😊
Lets saya share cara nak claim refund masuk dalam akaun bank korang. Pakai HP korang je kalau nak buat okey. Just simple ABCD je :
1 - Masuk website www.airasia.com. Klik icon ?
2 - Klik Chat with AVA
3 - Klik Refund / Check Refund Status
4 - Klik Airasia New Refund Request
5 - Klik Flight Cancellation Refund
6 - Klik Refund
7 - Masukkan Booking No
8 - Masukkan nama ayah (surname/lastname)
9 - Masukkan nama korang (first name). Kalau ada binti kena buh sekali
10 - Masukkan tarikh lahir (ikut format dia minta)
11 - Masukkan email yang korang buat booking. Lupa? pergi cek semua email korang. haha
12 - Taip Y
13 - Taip 8 iaitu all guest (kalau korang total ada 4passengger, nanti dia suruh taip 5)
14 - Bagi reason. Simple je restriction goverment or covid-19. Saya saja je panjang2 hahahaa
15 - Taip 2 (bagi yang nak cash dalam bank). Taip 1 (bagi yang nak duit masuk akaun airasia)
16 - Taip malaysia
17 - Taip nama penuh pemegang akaun bank (pastikan bank yang nak claim adalah passenger punya akaun bank / orang yang buat booking punya akaun bank)
18 - No akaun bank
19 - Nama bank
20 - Branch bank
21 - Swift code (call je bank korang tu)
DONEEEEEEE 😍
Last sekali korang dapat email. Ada case no. Jadi nak follow up pakai je case no tu okey.
Sekian, semoga semua bersabar dengan musibah ini. Didik hati untuk terima ketentuan. Dapat refund cepat atau lambat atau tiba-tiba tak dapat (selalu kes airasia overload). Leklek, buat balik..
Saya dah apply, ada yang lepas, ada yang reject sebab dia push buat credit account. Ada yang dapat tax refund je (flight yang selain date 18-31/3, dapat tax refund sahaja).
Assalamualaikum
Refund dengan happy, terima dengan redha :)
Gerbang Travel & Tours 😉
Comments
Post a Comment