TIPS BERGUNA: SEMAK TRAVEL AGENSI BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN


Kalau korang rasa korang dah kaya, tolong la jangan baca tips berguna  ni. 

Hari ni nak share tips macam mana cara nak mengenal agensi berdaftar atau pun tidak. Semudah ABC je, tak sampai berapa minit je kita dah boleh tahu dah.

1. Buka Playstore (Android User) atau Appstore (Apple User). Korang boleh install app ‘myMOTAC’.




2. Lepas dah install app myMOTAC, korang boleh buka app ni. 


3. Key in nama dan negeri syarikat yang korang nak pilih atau cari tu, then tekan enter.


4. Contohnya key in syarikat ‘Gerbang Travel’ dalam nama agensi dan pilih negeri syarikat. Jika syarikat tu berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, semua detail berkenaan syarikat tu akan terpapar.



Selepas tu, bagi urusan pembayaran, korang kena pastikan bayaran dibuat kepada bank Syarikat. 

Mudahkan?

Jom share tips ni supaya lebih ramai lebih tahu dan alert pasal ni. 


Comments

Popular Posts